SHOPPE

Resepi Kacang Pool

Share:
Resepi Kacang Pool




Bahan-Bahan:

1 tin kacang panggang dalam tin
400gm daging kisar = 2 keping daging burger
2 sudu minyak sapi atau butter
1 sudu serbuk kari daging
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
garam, gula dan air secukupnye




Bahan Hiasan –

1 batang cili merah atau hijau
daun sup hiris
telur mata separuh masak

Cara Membuat:

1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.


2. Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.

3. Masukkan rempah kari dan kacau. Gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.

4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air.

5. Tunggu sehingga masak. Seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak.

6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-

Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  resepibonda




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah