SHOPPE

Resepi Apam Fruity

Share:
Resepi Apam Fruity



Bahan-bahan:

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
110 gm gula halus atau gula kastor
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur saiz A
1 sudu teh ovellete
1/2 sudu teh esen vanilla
Pewarna makanan mengikut karaktor buah-buahan pilihan
Inti atau filing buah-buahan ~ jam nenas, bluberry, strawberry, kiwi
30 keping cawan kertas




Cara Penyediaan

Panaskan kukusan terlebih dahulu dengan api yang sederhana

Tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas apam

Sediakan acuan lompang secukupnya

Susunkan cawan kertas dalam acuan lompang dan ketepikan

Satukan tepung gandum dan baking powder kemudian di ayak

Dalam bekas pemutar, satukan telur dan gula dan pukul hingga kembang dengan speed tinggi.

Masukkan adunan tepung yang telah diayak berseang seli dengan susu

Tambahkan esen vanila dan ovallete, dan terus putar  hingga adunan bertukar putih, likat dan gebu.
Bahagikan adunan kepada beberapa warna pilihan.

Warna dasar hendaklah dalam jumlah yang besar

Ambil anggaran 2 sudu untuk warna daun, dot-dot atau line.

Kacau setiap adunan warna rata-rata.

Kemudian masukkan dalam piping bag.

Untuk warna dasar potong lubang hujung piping bag besar sedikit.

Tapi bagi dot-dot dan line , potong hujung piping bag kecil sahaja lubangnya.

Untuk memudahkan proses, filling juga diletakkan dalam piping bag

Letakkan warna dasar dalam cawan kertas 1/3 cawan sahaja

Letakkan intinya dan tutup kembali dengan warna dasar hingga penuh.

buat sehingga habis

Kemudian bolehlah mulakan proses melorek atas apam dengan karaktor buah-buahan pilihan.

Setelah siap, susun dalam kukus dan kukus selama 10 minit hingga 15 minit

Tips penting penyediaan apam:

Gunakan api yang sederhana untuk mengukus apam

Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu

Balut tutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis sewaktu proses apam dikukus

Ovallete hendaklah dimasukkan pada akhir proses memukul, iaitu selepas semua adunan dipukul, ini untuk mendapatkan apam yang gebu dan lembut

Apam yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan terdedah di udara kerana ia mudah kering.

Adunan apam ini dapat menghasikan anggaran 30 biji apam bersaiz sederhana.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  koleksiresepimalay




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah