SHOPPE

Resepi Apam Gandum Gula Melaka

Share:
Resepi Apam Gandum Gula Melaka





BAHAN-BAHAN A :

1/2 cawan hirisan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN B :

11 gram instant yeast (mauripan)
1/2 cawan air suam
3/4 camca teh gula halus

BAHAN-BAHAN C :

4 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
Secubit garam halua
*Kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam, untuk dimakan bersama apam.




CARA MEMBUATNYA :

Masak bahan2 A hingga gula larut dan mendidih. Biar sejuk, kemudian tapis. Dalam satu bekas, satukan bahan2 B, kacau rata hingga sebati dan biar 10 minit hingga bancuhan yeast berbuih2.
Masukkan tepung ke dalam bekas besar bersama secubit garam halus, kacau rata. Tuang bancuhan yeast, 1/2 cawan air dan air gula melaka tadi. Kacau rata dengan whisk hingga semua sebati dan licin. Perap 1 jam hingga adunan naik dua kali ganda.

Panaskan kukusan, balut tutup kukusan dengan tuala dapur bersih. Lenser loyang berukuran 10 inci x 10 inci x 2 inci dengan sedikit minyak atau marjerin. Tuang adunan apam tadi, biar 10 minit, kemudian kukus dengan api besar selama 40 minit atau hingga masak.

Uji dengan mencucuk lidi sate bersih dibahagian tengah apam, jika keluar bersih, tanda apam telah masak. Keluar loyang dari kukus dan biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut bergaram untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!!




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  koleksiresepimalay




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah