SHOPPE

RESEPI AYAM BAKAR MADU

Share:
RESEPI AYAM BAKAR MADU




Bahan-bahan:
3 keping peha ayam bersaiz besar
1 inci halia (tumbuk halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
2 camca besar madu
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam kisar
sedikit minyak bijan
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa




Cara memasak:

1) Peha ayam dicuci bersih, tak perlu buang kulitnya. . Sejat dan letak dalam satu bekas.
2) Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata terutama dibahagian antara kulit dan isi ayam. Tambah garam secukup rasa, kemudian perap 1 - 2 jam (nak sedap perap semalaman dalam peti sejuk)
3) Panaskan oven pada suhu 200C, lenser bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin. Letak ayam yang diperap tadi. Bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4) Panaskan bahan lebihan pemerap, hingga pekat dan diguna untuk menyapu pada ayam supaya Nampak cantik.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  koleksiresepimalay




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah