SHOPPE

RESEPI CARA BERLAUK

Share:
RESEPI CARA BERLAUK





Bahan-bahan:

Bahan inti:
1) 1 cawan daging kisar
2) 1 labu bawang besar (potong dadu)
3) 1 ulas bawng putih....cincang halus
4) 1 sudu makan rempah kurma
5) 1 sudu teh minyak
6) Garam secukup rasa
7) Daun bawang (hiris)
8) Cili merah (hiris)

Bahan untuk kuih:
1) 2 cawan tepung gandum
2) 1 cawan santan
3) 2 cawan air
4) 1 biji telur
5) Garam secukup rasa




Cara-Cara:

Untuk inti:
1) Tumis bawang dan rempah sehingga wangi.
2) Masukkan daging dan garam. Kacau dan biarkan mendidih hingga kering.
3) Angkat dan sejukkan.

Untuk kuih:
1) Kisarkan semua bahan untuk kuih hingga sebati dan tapis.
2) Sapu rata acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan.
3) Tuangkan adunan ke dalam acuan. Masukkan sesudu kecil inti yang telah disediakan.
4) Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung periuk.
5) Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat. Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  koleksiresepimalay




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah