SHOPPE

Resepi Kek Chiffon Tiga Rasa

Share:
Resepi Kek Chiffon Tiga Rasa




BAHAN-BAHAN A :
4 kuning telur gred A
70 gram gula kastor
150 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour)
80 ml minyak jagung
120 ml santan (anda boleh ganti dengan susu sejat)
Secubit garam

BAHAN-BAHAN B :
4 putih telur gred A
60 gram gula kastor
1/2 camca teh cream of tartar

BAHAN-BAHAN C :
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh pandan paste
1 camca teh coklat emulco
1/2 camca teh perisa mocha




CARA MEMBUATNYA :
Panaskan oven pada suhu 160 C, sediakan acuan kek chiffon bersaiz 9 inci, tak perlu disapu dengan mentega. Ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan kuning telur (dari bahan2 A ), gula kastor dan pati santan. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut. Masukkan minyak jagung, kacau rata dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dan tepung habis. Kacau hingga licin dan tidak berbintil2. Ketepikan.

Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih dan masukkan gula kastor (dari bahan2 B) sedikit demi sedikit hingga habis. Tambah cream of tartar dan terus memutar hingga putih telur kembang dan kental. Cedok 1/3 bahagian putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur, gaul dengan kaedah kaup balik. Cedok lagi 1/3 bahagian putih telur dan gaul lagi, buat kaedah sama dengan baki putih telur. Kacau rata.

Bahagikan adunan kek chiffon kepada 3 bahagian, satu bahagian dicampur dengan esen vanilla, kacau rata. Satu bahagian dimasukkan pandan paste, kacau rata dan satu bahagian lagi dengan perisa mocha serta coklat emulco, kacau rata.

Sendukkan 1/2 bahagian adunan vanilla ke dalam acuan chiffon, ratakan. Tambah 1/2 bahagian adunan pandan, kemudian 1/2 bahagian adunan mocha. Ulangi hingga habis. Kemudian lorekkan dengan chopstick. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan acuan dan biar kek sejuk. Sisip tepi kek dengan pisau nipis dan keluarkan dari acuan. Sisip pula bahagian bawahnya. Dan boleh dialih ke dalam pinggan sesuai. Potong dan hidangkan untuk minum petang.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  koleksiresepimalay




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah