SHOPPE

Resepi Kuih Bakar Pandan

Share:
Resepi Kuih Bakar Pandan



BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
2 1/4 cawan santan
1 cawan jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula - guna 3/4 cawan aje, ok dah kat lidah saya rasanya
1/2 camca teh garam
2 camca besar mentega, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur




CARA MEMBUATNYA :

Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.

Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.

Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.

Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  koleksiresepimalay




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah