SHOPPE

Resepi Sambal Tempoyak Daun Kayu

Share:
Resepi Sambal Tempoyak Daun Kayu




BAHAN-BAHANNYA :

1 cekak pucuk ubi muda, asingkan dari tangkainya
6-7 tangkai pucuk labu, ambil daun dan batangnya yang lembut
6 helai daun kunyit muda
4 papan petai
2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
5 camca besar penuh tempoyak
1 liter santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :

45 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup




CARA MEMBUATNYA :

Pucuk ubi, dimayang halus, cuci dan toskan hingga kering. Pucuk labu digentel kemudian dimayang halus, begitu juga dengan daun kunyit, cuci dan toskan hingga kering. Petai diambil isinya dan hiris nipis. Ikan bilis ditoskan, perah sedikit dan tumbuk kasar.Ketepikan.

Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam kuali bersama tempoyak, ikan bilis dan santan. Kacau rata dan masak hingga mendidih, kacau selalu. Bila kuah kelihatan pekat, masukkan kesemua jenis sayuran yang dimayang halus tadi dan juga petai. Gaul rata, masak dengan api sederhana.

Kacau dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  koleksiresepimalay




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah