SHOPPE

Resepi Sotong Kembang Cili Bermadu

Share:
Resepi Sotong Kembang Cili Bermadu



BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor sotong kembang saiz besar
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih, hiris
3 biji buah keras, hiris
5 biji cili merah
1 camca besar madu
1/2 camca teh gula
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun kucai, untuk hiasan




CARA MEMBUATNYA :

Sotong kembang dipotong ikut suka (jangan terlalu kecil). Rebus selama 1 minit dalam air mendidih. Toskan. Bawang besar dihiris bulat, kemudian dileraikan. Masukkan bawang putih dan buah keras dalam alat pengisar (blender), tuang sedikit air dan kisar hingga halus. Masukkan bawang merah dan cili merah, kisar hingga hancur, tak perlu sampai halus, guna butang 'pulse'. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar tadi hingga harum, kecilkan api dan terus memasak hingga naik minyak. Masukkan sotong dan bawang besar. Gaul rata dan tambah madu, jus limau kasturi dan garam secukup rasa. Kacau rata.

Masak sekejap hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun kucai. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain...




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  koleksiresepimalay




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah