SHOPPE

Resepi Telur Paprik

Share:
Resepi Telur Paprik




Bahan-bahan:

4 - 5 biji telur. Direbus, kupas kulit dan kemudian digoreng supaya jadi berkelongsong.
Beberapa tangkai cili padi (ikut citarasa)
1 labu bawang besar (potong bulat)
4-5 ulas bawang putih (hiris nipis)
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Beberapa helai daun limau
1 batang serai (dititik)
2 - 3 sudu besar sayur campur (mixed vegetables)
Air masak secukupnya
Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng telur dan menumis)
Garam (jika perlu)




Cara-cara Penyediaan:

Panaskan kuali. Masukkan dua sudu besar minyak masak. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai.

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram. Tambahkan sedikit air masak jika kuah terlalu pekat.

Masukkan pula mixed vege, cili api dan daun limau. Biar seketika hingga kuah mendidih. Perasakan dengan garam jika perlu. Rasanya dengan bahan-bahan yang diguna, dah cukup kemasinannya.


Setelah siap, tuangkan ke atas telur.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  koleksiresepimalay




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah