SHOPPE

Jawapan Balas Designer Mengenai Gaun Seksi Janna Nick

Share:
Jawapan Balas Designer Mengenai Gaun Seksi Janna Nick



JIKA semalam Mynewshub berkongsikan kisah Janna Nick yang enggan menggayakan sehelai gaun yang didakwa seksi olehnya, hari ini pereka fesyen terbabit tampil menerusi status di laman Facebook membidas kenyataan yang dikeluarkan aktes tersebut.




Tak Nak Seksi, Janna Tolak Pakai Baju Pereka Terkenal
Menurut pereka fesyen Khairul Amri Hassan dari butik Dokoh, dia ada menyediakan beberapa seleksi pakaian untuk dipakai Janna pada sesi fotografi tersebut namun dia kesal dengan perbuataan pelakon muda itu yang menarik muka terhadapnya berhubung isu tersebut.

Menurutnya, “Saya sediakan enam pilihan pakaian untuk sesi fotografi itu. Dua yang dipilih adalah persalinan oversized jaket dan skinny fitted pants, manakala satu lagi gaun zamrud yang baru disiapkan sehari sebelum sesi fotografi itu. Turut disediakan adalah sehelai oversized jumper, gaun paras bawah lutut, loose top dan skirt paras bawah lutut, sehelai gaun biru paras bawah lutut dan sehelai gaun hitam strapless paras lutut seperti yang didakwa.”

“Namun dress (gaun) hitam itu sekadar baju pilihan lain sekiranya ada masalah dengan pakaian lain. Dia (Janna) bagaimanapun tidak menggayakan langsung mana-mana pakaian disediakan, sebaliknya memilih untuk memakai baju yang dibawa sendiri tanpa memaklumkan kepada saya akan pilihan itu. Jadi saya menganggap beliau tidak berminat untuk menggayakan pakaian yang saya bawakan. Buat apa mahu menunggu dia?”

Pereka fesyen itu lagi menambah, pelakon itu juga tidak menghulurkan salam perkenalan terhadapnya ketika mereka bertemu di meja solek sebelum sesi fotografi berlangsung.

Menurut Khairul lagi, baik selebriti mahupun pereka fesyen, semua mempunyai jadual kerja harian yang perlu dipenuhi dan segala kudrat yang dicurahkan bukanlah satu perkara percuma.

“Apapun, pada pendapat saya, masing-masing mempunyai kerjaya dan tuntutan kerja. Seandainya seseorang artis itu perlu memenuhi jadual harian, begitu juga saya. Masa dan kudrat bukan perkara percuma untuk disia-siakan,” tulisnya lagi.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah