SHOPPE

Sufian Suhaimi Mengaku ‘Gay’ Dalam Twitter Jadi Viral… Biar Betul?

Share:
Sufian Suhaimi Mengaku ‘Gay’ Dalam Twitter Jadi Viral… Biar Betul?



TIDAK mahu peminat terus salah sangka, penyanyi Sufian Suhaimi menegaskan dia adalah lelaki normal yang menyukai wanita.




Sufian, 25, membuat kenyataan tersebut bagi menafikan gosip menyatakan konon dirinya sebagai gay.

Gosip itu timbul setelah statusnya menerusi laman Twitter lima tahun lalu yang berbunyi ‘I’m gay and this is not a tweetjack’ menjadi tular, sejak semalam.


Menjelaskan hal itu, Sufian memberitahu, kicauan Twitter itu sebenarnya ditulis oleh rakan yang mengodam telefon bimbitnya.

“Ketika itu saya mengikuti pengajian ijazah sarjana muda dalam Bahasa Inggeris. Pernah pada satu masa saya dan rakan-rakan sekelas bergurau mengenai perkataan ‘gay’ yang membawa maksud gembira.

“Saya bukan orang seperti itu. Kebetulan ketika itu telefon saya mudah digodam dan mereka mengambil kesempatan menulis status itu di Twitter saya.

“Saya tak perasan mereka menulis sesuatu yang pelik di akaun Twitter. Sekarang apabila semakin ramai yang mengikuti Twitter saya, baru saya menyedari status itu,” katanya kepada Harian Metro.

Setelah mengetahui status itu, penyanyi lagu Terakhir ini telah pun membuang ‘tweet’ tersebut namun sudah ramai netizen yang  membuat paparan skrin dan berkongsi di laman sosial.


Pun begitu, Sufian tidak menganggap isu status gay itu satu masalah yang serius kerana baginya dikenakan oleh rakan adalah perkara biasa di usia remaja.

“Saya tak terlalu memikirkan perkara itu atau menganggap ia satu masalah serius. Saya tahu mereka pun faham saya pernah melalui zaman remaja.

“Perkara seperti menggodam atau mengenakan rakan lain di laman sosial adalah perkara biasa. Lagipun ia menjadi tular mungkin disebabkan saya mulai dikenali ramai.

“Saya lelaki normal dan meminati wanita dan salah – seorangnya ialah pelakon, Elfira Loy,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah