SHOPPE

Suspek Lelaki Yang Tetak Dan Bakar Tiga Sekeluarga Berjaya Ditahan

Share:
Suspek Lelaki Yang Tetak Dan Bakar Tiga Sekeluarga Berjaya Ditahan


Matang: Lelaki yang dipercayai menetak sebelum membakar tiga sekeluarga ditahan polis, malam tadi.




Suspek berusia 50-an itu ditahan sepasukan polis di kawasan hutan berhampiran Kampung Tumu, di sini, 7.30 malam tadi.

Dalam kejadian itu tiga mangsa rentung yang dikenali Noraini, 62 tahun, Mohd Joe, 23 tahun dan Daud, 64 tahun manakala seorang mangsa yang dipercayai ditetak telah dihantar ke hospital.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek yang bersenjata parang pada mulanya enggan menyerah diri.

Menurutnya, selepas beberapa minit dipujuk Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan yang turut serta dalam operasi itu, suspek akhirnya akur dan menyerah diri.

“Suspek dipercayai warga asing namun status tahap kesihatan mentalnya masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.






-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah