SHOPPE

Wanita Cantik Bogel Naik Motosikal Beli Tiket Kapal Terbang

Share:
Wanita Cantik Bogel Naik Motosikal Beli Tiket Kapal Terbang



PONTIANAK (Kalimantan Barat) – Seorang wanita Indonesia mencetuskan kekecohan di sini apabila dia menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.




Orang awam yang melihat wanita berkenaan kemudian menahan dan menyerahkannya kepada polis.

Menurut laporan Liputan6.com, wanita berusia kira-kira 28 tahun itu berasal dari Sukabumim, Jawa Barat dan dikenali dengan singkatan nama R atau D.

Dia ditahan di jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Supadio Pontianak.

Seorang kakitangan lapangan terbang, Fira Meydar mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut Fira, pihaknya menahan wanita terbabit pada 12.45 tengah hari (waktu tempatan) semalam.

Dalam keterangannya kepada polis, wanita itu berkata, dia bekerja di bandar Pontianak sejak setahun lalu dan menetap di rumah sewa.

Dalam pada itu, Fira berkata, dia dimaklumkan wanita terbabit sering merasa ketakutan sejak dua bulan lalu.

“Pada hari kejadian, dia keluar rumah dan menunggang motosikal dengan hanya memakai telekung. Tetapi dalam perjalanan itu, dia membuang telekungnya dan hanya berbogel sebelum ditahan oleh orang awam dan diserahkan kepada polis.

“Dia dikatakan memberitahu polis bahawa dia ingin membeli tiket kapal terbang untuk pulang ke Sukabumi,” kata Fira. – myMetro Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah