SHOPPE

Adakah COCO Bunting Pelamin Setelah Genap Sebulan Kahwin?

Share:
Adakah COCO Bunting Pelamin Setelah Genap Sebulan Kahwin?


INSTAFAMOUS yang popular gara-gara pelat mat sallehnya, King Coco berkongsi berita gembira dengan pengikutnya mengenai bakal menimang cahaya mata.




Sejak kebelakangan ini, Coco menerusi akaun Instagramnya sering menggunakan hastag #rezekiAnak pada setiap gambar yang dimuat naiknya.


Ini sekaligus memberi gambaran, wanita yang baru menginjak usia 20 tahun itu sedang hamil anak sulung bersama suaminya, Azrin Anaz Abdul Shukor.

Menerusi gambar Coco yang sedang menikmati makanan di atas katil, dia menulis kapsyen “bersyukur atas segalanya tetapi tidak berasa sihat. Tetapi masih bersyukur. Terima kasih di atas ucapan dan doa semua.”

Dalam gambar tersebut turut disertai dengan hastag #rezekiAnak dan #myhusbandisagreatdad.


Nampaknya, klu yang diberikan Coco mengenai kehamilannya semakin banyak dapat dilihat apabila semalam dia memuat naik gambar dirinya membeli aiskrim di sebuah kedai dipercayai di Jakarta, Indonesia.

“Ermmm i would like to have the big cup #myhusbandismybiggestfan #rezekiAnak #sukamasammasam,” tulisnya.

Bagaimanapun, tidak didedahkan usia kandungannya dan Coco masih belum berkongsi mengenai berita gembira ini kepada netizen dan pengikutnya.


King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail dan Azrin selamat diijab kabulkan pada 1 Januari 2017 di di Hampshire Place, Ampang.

Terdahulu, King Coco pernah dikecam netizen kerana berani mendedahkan bakal berkahwin dengan Azrin yang juga suami seorang wanita lain.

Dia dikecam teruk kerana dikatakan merampas suami seorang wanita yang sedang hamil anak ketiga.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah