SHOPPE

Majlis Aqiqah Putri Sara Sefhia Respon ‘Negatif’ Azmi Bikin Elly Urus Aqiqah Sendirian

Share:
Majlis Aqiqah Putri Sara Sefhia Respon ‘Negatif’ Azmi Bikin Elly Urus Aqiqah Sendirian



HASRAT penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengadakan majlis aqiqah untuk anak perempuannya, Putri Sara Sefhia berjaya diadakan dalam keadaan meriah waima tanpa kehadiran bekas suami, Azmi Hatta.




Pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan menjelaskan hasrat mengadakan majlis tersebut dirancang oleh bekas suaminya namun sehingga anaknya yang kini sudah berusia 11 bulan, tiada perkembangan atau respon mengenai rancangan itu.

Media tempatan melaporkan, Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menguruskan majlis tersebut sendirian dan bersyukur kerana mendapat bantuan daripada ramai pihak.

Jelasnya, perancangan untuk mengadakan majlis tersebut sudah dimaklumkan kepada bekas suaminya melalui laman sosial Instagram namun tiada respon yang diterima.

“Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami,” katanya yang dipetik dari Astro Gempak.

Menurutnya, majlis tersebut mendapat beberapa tajaan daripada pelamin, Aryana Candy Buffet untuk candy buffet dan Kisses.co untuk belon dan beberapa penajaan lain.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, majlis aqiqah tersebut diraikan dalam keadaan meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis.

Elly, 36; turut berkongsi perkembangan terbarunya yang kini tampil dengan produk kecantikan sendiri iaitu Lina Pom Poms Soap.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah