SHOPPE

Nama Paling Trending Muncul Di TV Al Hijrah Malam Ini

Share:
Nama Paling Trending Muncul Di TV Al Hijrah Malam Ini



CEO TV Al Hijrah Izelan Basar bersama Safiey Ilias berbincang kerjasama dakwah pada masa depan





“Saya ingin memperbaiki diri dan berdakwah.”


Itu kata-kata penuh bermakna ungkapan Safiey Ilias, nama paling trending minggu ini.

Safiey, jutawan muda mencuri perhatian umum apabila dengan terbuka berani mendedahkan kisah penghijrahannya untuk mendekati Islam.

BACA : Rahsia Kejayaan Gadis Cantik Bernama Sofea Illias Bergelar Jutawan Pada Usia 19 Tahun


BACA : Biodata Dan Gambar Safie Ilias Jutawan Jelita Buang Payudara Kembali Kepangkal Jalan


BACA : Saya Bazir Banyak Masa Di Jalan Maksiat – Safiey Ilias


BACA : Rahsia Kejayaan Gadis Cantik Bernama Sofea Illias Bergelar Jutawan Pada Usia 19 Tahun



Menjadi jutawan pada usia 19 tahun, Safiey memilih untuk meninggalkan kehidupan pondan dan berniat mengabdikan kekayaannya pada jalan Allah.

“Saya akan gunakan semua harta untuk Islam,” katanya dalam program Assalamualaikum Khas yang akan disiarkan di TV Hijrah pada 9.30 malam ini.

Temubual ‘hati ke hati’ ini akan tampil selepas program Tonight With Dr. Zakir yang akan bersiaran pada 8.30 malam.

Dua nama paling trending ini mengisi kempen #IslamIsFirstClass yg dilancarkan stesyen ini mulai 10 April lepas.

Safiey yang bijak menghujahkan pandangan hidupnya ternyata memiliki aura tersendiri dalam menjelaskan perkisahan masa lampaunya serta konsep hidayah yang ditafsirkan sebagai perlakuan untuk berubah.

“Saya tercari-cari makna hidayah. Akhirnya saya faham, hidayah ialah kemahuan untuk berubah. Apabila kita berubah menuju kebaikan, itulah hidayah.”

Saksikan pencerahan dan perkongsian menarik Safiey mengenai jalan hidup yang ditempuhnya bersama TV Al Hijrah 9.30 malam ini.

Jangan lupa untuk lebih awal bertemu janji dengan mengikuti kuliah Dr. Zakir Naik pada 8.30 malam.

Lebih istimewa Safiey juga menjadi isu utama dalam Berita Al Hijrah pukul 8.00 malam.

Jom kita kenali Safiey Ilias dan hayati konsep hidayah yang indah dan mudah.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah